Thursday 19 September 2019




Nota RBT 1014 Lukisan Kejuruteraan
Pengenalan
Lukisan kejuruteraan adalah salah satu alat komunikasi atau bahasa perhubungan yang digunakan sama ada dalam persekitaran harian ataupun dalam bidang kejuruteraan. Ia merupakan satu dokumen, dalam bentuk bergambar dan sedikit nota. Lukisan kejrurteraan juga merupakan lukisan garisan-garisan yang dibentuk daripada pensel. Simbol-simbol dan logo dibina untuk menyampaikan maksud yang jelas kepada kumpulan sasaran.
Lukisan kejuruteraan boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu:
i.              Lukisan Mesin: Lukisan pemasangan yang dikhususkan kepada proses mencantum dan membuka komponen untuk memenuhi tujuan pembuatan, selenggaraan atau persembahan.
ii.             Lukisan Kerja: Lukisan yang menerangkan dengan terperinci bagaimana sesuatu komponen itu harus dihasilkan dan apakah yang patut dicapai oleh sesuatu pengeluaran itu.
Peralatan Dalam Lukisan Kejuruteraan

Papan Lukisan

Biasanya berukuran 60 cm x 80 cm dan diperbuat daripada papan jenis lembut ataupun plastik. Digunakan sebagai pengalas dan pemegang kertas lukisan. Papan lukisan mestilah dibersihkan daripada habuk / kotoran sebelum dan selepas digunakan.















Sesiku T
Digunakan bersama dengan papan lukisan untuk membuat garisan mengufuk dan menyangga sesiku. Ia dibuat daripada kayu atau plastik lutsinar.











                                            
Pensil
Digunakan untuk melukis garisan. Pensil mempunyai tiga gred pensel iaitu keras (3H dan 2H), sederhana (H dan HB) dan lembut (2B). Gred keras sesuai untuk membuat garisan ringan seperti garisan binaan, garisan panduan dan penghurufan. Gred sederhaan sesuai untuk membuat garisan objek, garisan tengah, tanda anak panah dan lakaran.












Jangka lukis
Digunakan untuk melukis bulatan, garisan-garisan lengkuk, membina pelbagai sudut, membahagi dua garisan lurus dan membentuk garisan bulatan.













Pembahagi

Digunakan untuk memindahkan ukuran daripada pembaris kepada lukisan yang dihasilkan pada kertas lukisan.










Sesiku Set
Sesiku set mempunyai sudut 30° dan 60° serta satu lagi bersudut 90° dan 45°. Ia biasanya digunakan bersama dengan sesiku T untuk melukis garisan condong. Ia juga digunakan untuk melukis garisan tegak.
                                      





Lengkung Perancis
Digunakan untuk melukis lengkung/ lengkok yang bentuknya tidak sepusat dan tidak tertentu. Alat ini diperbuat daripada bahan plastik lutsinar dan boleh didapati dalam pelbagai bentuk.













Penghurufan
Penghurufan dalam lukisan kejuruteraan ialah mudah dibaca, seragam dan boleh dihasilkan dengan cepat. Latihan penghurufan yang berterusan akan menghasilkan tulisan yang baik dan seragam. Terdapat dua bentuk penghurufan iaitu huruf tegak dan huruf condong.                                                                    

                                                         Huruf condong           Huruf Tegak

Garisan Dalam Lukisan Kejuruteraan

Penggunaan garisan adalah penting dalam lukisan kejuruteraan. Setiap garisan mewakili penggunaannya dalam sebuah lukisan.


Lukisan Isometri


Lukisan isometri ialah lukisan tiga dimensi dengan diberi ukuran kelebaran, ketinggian dan kedalaman. Ia juga merupakan salah satu lukisan bergambar (pictorial drawing) yang membolehkan kita melihat ketiga-tiga permukaan sesuatu objek itu serentak.


















No comments:

Post a Comment

SELAMAT DATANG